20.9.10

:: Kisah Kau dan Aku - Epi I ::

DEC 2009 - JAN 2010

masa itu aku berada di universiti malaya.. online fb sambil packing barang sbb esoknya dah balik sbh.. then, terima satu "friend request". aku aprve saja. bila kulihat gambarnya, hati kecil berkata "not my taste". Honestly!

sekali imbas.. aku mmg tak pernah expect yang dia adalah seperti itu.. lantas aku berani bertukar no hp atas dasar sekadar kenalan.. dari situ, episode bermula.. sms setiap masa.. call pun ada.. berkongsi rasa.. pandangan.. dan saling bertukar cerita.. perasaan? biasa saja. 

1 Januari.. my besday.. mendapat panggilan dan ucapan yang begitu.. hmm.. susah nak kata.. esoknya, 2 Januari.. besdaynya pulak.. x sangka.. dekat saja.. giliran aku pula berbuat serupa.. perasaan? rasa sesuatu.. tapi kubiarkan.. takut hanya sekadar perasaan semata-mata..

mulai itu aku menyimpan hasrat untuk mengenalinya..

bersambung....

19.9.10

:: Ya Allah ::



berilah aku kekuatan

aku sudah tidak mampu untuk meneruskan
bukan mengalah cuma tidak berdaya
aku lari dari masalah? ya, mungkin
tak ada gunanya diteruskan 
jika hati lari ntah kemana
tapi ini masa depanku
hmm....

berilah aku petunjuk

:: Jangan Memilih Aku ::




Terenggut hatiku terpanah asmara
sedih suka sirna sudah
bila kau jadi milikku

Memang lukaku belum sembuh semua
juga dukaku belum sirna semua


Jangan memilih aku
bila kau tak sanggup setia
kau tak mengerti aku
diriku yang pernah terluka
cinta

18.9.10

:: Lensa Kamera Aku ::

dari dulu tak pernah ada feeling untuk memiliki Dslr.. x pernah juga berangan menjadi si penangkap gambar.. tapi sejak ku memilikinya pada 1 April 2010.. segalanya berubah.. setiap apa yang kulihat bertukar menjadi dimensi yang berbeza.. sungguh aneh persepsinya.. 


kini.. kamera itu adalah kekasihku.. yang akan aku bawa kemana sahaja.. untuk sama-sama berkongsi cerita.. kepada sesiapa sahaja.. Aku masih baru.. baru mengenal apa itu aperature, shutter speed, iso, lighting, dof.. dan sebagainya.. sememangnya perlu banyak tujuk ajar.. 


Ini adalah antara hasilnya..












tunggu untuk gambar yang seterusnya.. insya allah..

:: Bukan Diriku ::

kisah bermula april 2010.. dari alam maya sehinggalah ke depan mata.. Ya, mula2 memang ada rasa.. tapi kubiarkan saja.. hari silih berganti.. tak putus2 aku terima khabar darinya.. memang best bila ada yang selalu menyapa.. tapi pada masa yang sama, rimas pula rasanya..


dia cukup baik.. terlalu baik.. hingga rasa diri tak layak untuknya.. mahu dilepaskan takut dia kecewa.. mahu dilepaskan aku pula takut merana.. tapi aku betul2 lemas dan rimas.. setiap kali sms datang menerpa.. kdg2 dalam situasi yang tidak sesuai kiranya.. (cth : bila aku ckp tgah makan, x paham2.. nak bersms juga)


kini sudah masuk bulan september.. aku masih lagi bertahan.. tapi aku heran.. mengapa dia masih lagi mahu bersama.. sedangkan layananku padanya ibarat jantan yang terlalu sangap mau bersenggama tapi betinanya buat tak endah.. 


aku cuba untuk tamatkan telenovela ini pada bulan oktober.. kerana aku dah tak sangup membiarkannya merana (mungkin la).. biarlah dia berjumpa dgn insan yang lebih layak untuknya.. pada masa itu, biarlah lagu tragedi oktober menjadi tema..


Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober





                                                             

:: Kisah Si Baju Putih ::

kisah bermula bila kami bertiga (me,apis,sham) sepakat kuar tgok wayang.. residen evil.. cerita itu boleh aku klasifikasikan sebagai bagus walaupun ending-nya hampehh..


lepas tu ktorg pun hang out kat tempat yang kiranya paling howt di sandakan ni.. Harbour Bistro Cafe.. dalam banyak2 meja yang kosong masa tu, ntah mgapa kaki ktorg bertiga seolah-olah telah "diprogramkan" untuk melangkah ke meja yang paling tepi sekali.. 


ketika itulah aku ternampak dia yang duduk bersebelahan dengan meja kami.. duduk dlm keadaan yang bersahaja.. menekan2 hp-nya.. sambil meliau2 kesini sana..


dipendekkan cerita.. sms pun sudah.. call pun sudah.. cuma tggu apa yang berlaku seterusnya.. andai ada maka aku gembira.. andai tiada.. aku berdiam saja..


Sandakan Harbour Bistro

:: Selamat Tinggal Sandakan ::

tinggal sehari lagi aku di kampung halamanku..
namum kelengkapan pakaian, bekalan makanan untuk dibawa balik ke asrama masih lagi tidak selesai..
cuti semester kali ini boleh la dikatakan bermakna.. banyak peristiwa yang terjadi..
tapi antara yang menggamit memori adalah tentang "si baju putih".. :)


aku akan merindui ;
- keluargaku
- sahabat2ku
- outing bersama my buddy.. apis & sham..
- tak lupa, si baju putih.. maybe..

:: Segalanya bermula ::

4.45 pagi.. 18 September 2010
terciptalah blog aku..


modus operandi : ingin berkongsi apa yang aku lalui.. apa yang aku perolehi.. dan apa yang aku amati..